22/12/2011

sejuk gile

eee, sejuknye kat opis ni...dah tambah suhu ekon pun sejuk lagi ni
dari pagi tadi mendung je...xkde mataharii
alamak, xkeringla baju rara baru sidai pagi tadi..huhu

skrg ni cuba bagitahu dah brp kali ulang alik masuk toilet??
dah 3 kali okayy...rara minum nescafe panas je. 
then xtahan, byk sgt cafein,
rara buang nescafe ganti ngan air panas kaw kaw nye.
huhu
berasap rasap tu..rara minum steady jek :p
hee
sejuk sangatla...dahla duk btl2 bawah ekon. huhu

k, lah nak cakap tu jek. hik

P/s: rara dah bagitahu boss nak benti, lps ni nak ngadap big boss lak. huuuu

21/12/2011

RESULT PMR!

Assalamualaikum

Hye...mesti korang yang ambil PMR tahun ni berdebar-debar, rasa xmenentu, rasa gelisah je lah! Cuak tu sudah pasti!. Hihi...Opss...tergelak pulak, ala sebab rara pun pernah melalui semua tu...so chill la..huhu

OKAY, kepada yang berkenaan, yang bakal menghadapi kedegupan jantung yang tak normal...silalah baca doa banyak-banyak, solat cukup, nak tambah wat solat sunat pun dialu alu kan. Okay?




:)

munira
muzafar
neana
&
munirah (sis in law to be) (erghh xmalu nyee..ahhaa)
all the best to you all okayy  ^_^
i dont have good luck to ualls, becoz u already have the luck! ^,* 

whatever it is, never ever give up...life is not depending on how much u get an A's...but it is who you want to be..who you will plan u will to be..

:)

byebye. 


.


selamt brekpes semuaa :D

hari yang bz

Assalamualaikum all

Semalam, 20.12.2011 rara penat sangat kerja oke. hehe, actually xkdelah penat sangat kana sebab kerja dalam office gak, bak kata mak, "hai...kerja dalam aircond pun penat?", hehe. Penat tae seriously....sebab rara kan pekerja fav, 3 orang boss mintak rara buat kerja. aiyo....tapi rara oke je, hehe instead off aiman oke je :p

Well, tapi the day before umi @boss rara, bawak nasik arab and mihun sup! Sedap sangat, harap-harap hari ni ada makanan free lagi :p aish...ayik makan je la...duit pun nak abis dah sebab beli mknn je. Bukan makanan berat-berat pun tapi yang ringan2 tu, ala..biskut-biskut. entahla....favorite kot ;P

  
lawak je gambar ni, hihi. ape-ape je lah kan..hmm...boring-boring je...bla bla bla

Rara buat kerja ape lah sangat kan, em. okay...meh rara senaraikan ye. hee.
  1. fotostat ++++++
  2. binding + bukak binding +masukkan ape yang tertinggal
  3. bukak fail
  4. angkat call
  5. layan client datang
  6. call client + company2 yang terlibat
  7. em....tu je la kot. hehe. kalau ada lagi rara + lagi oke! :p

em, em, em, 
lagi....nanti hari jumaat malam insyaallah, rara, abg kalik n intan balik teluk intan! YAY. hehe. xsabarnye nak balik umah...hik. rindu sangat ngan dorang, rumah, abah, mak, nirah, zatul, papal, opah, pidy, honey. Hihi. katil pun rara rindu, bilik rara Y__Y omg...rindunye!



19/12/2011

keluar dengan fatin

Assalamualaikum :D

semalam, 18/12/2011 rara keluar dengan fatin ^_^
yipiie, enjoy sangat, even keluar berdua je kan. haha, budak-budak lain sume takleh
hmm
geram! naik la lrt. senang je. naik lrt sampai miharja. dah sampai tempat lepak ktrg. hee
ktrg tengok MI4:Ghost Protocol. best gile, tapi hahahah sian atin malu-malu
rara banyak terkejut la....haaaaaaaaaaaaahaaaaaaaaaaaaaaaaa
tapi memang betul pun cerita tu suspen je memanjang! at first nak tgk puss in boots tapi dah sold out..
huhu
n SONGLAP?

macam xbest je. nanti mesti macam tgk cerekarama dekat tv3, takpun movie dekat astroRIA.
so ktrg amik yang paling selamat, MI4 :)
haha, memang berbaloi kott. bestt! rara tengok dia punya thrailler je, tapi xbygkan pun tgk dgn si fatin comel gedik nii. heeeeeeeeeee

pastu, macam-macam atin blanje kite. haha. syok-syok
nasib baik aiskrim mcD cair...kalau tak terpaksa rara bantai makan gak, atin paksa makan!
hehe

pastu, atin blanje rara chicken n cheese kat hotandroll. SEDAP!
then, popcorn n pepsi.
besttt, dapat makannnnnnnnnnnnnnn je. hehe
THANK YOU ATINNN...PASNI RARA LAK LANJE ATIN EK. muah muah..lebiu.

*gambar sumekat atin..fon rara gamba xlawa. huu Y___Y

16/12/2011

cerita cinta :) ily till my last breath

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."


Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Puaskah Siti sayangku..?"

"Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."


Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

8sikap wanita yang disukai lelaki

my niece-nia ayeesha

8 Sikap wanita yang disukai Lelaki :-

1. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai

Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANGKU

Let the pictures speak..

kenal tak?
saya kenal mereka.
mereka yang tleh mencurahkan sepenuh kasih sayang
dari aku hanya sekecil embrio
hingga seorang gadis berumur 21 thn (current)

terlalu mahal kasih sayang mereka jika dibandingkan dengan apa jasa aku setakat ni
alhamdulillah sudah 27 tahun kami bersama
alhamdulillah, syukur kepada Allah
moga Allah, tuhan yang Maha Penyayang merahmati kami, menyayangi kami, melindungi kami
dari anasir-anasir jahat

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANGKU
ibu dan bapaku. Insyaallah segala yang dihajati tercapai!
semoga kami 9 beradik menjadi anak-anak yang soleh dan solehah
dan dapat menjaga mu dihari tua kelak
Insyaallah, amin ya robb.
semoga kami 9beradik tidak lupa daratan dan menjadi anak-anak
yang boleh diharap dan membalas jasa kedua ibu bapa kami..aminn..

~14.12.2012~

Friday Morning

Hey ho uollss..

DAh bangun ke tu? bangunlah cepat, mane boleh tidur tidur lagi kalau saya pun sudah bangunnn.huuu, kejelesan melanda taw!. ihihihi. Saya dekat office ni. Xkde wat pe. Boss pun tak masuk lagi. Ade staff jek. 4 orang. Lagi sorg mc or masuk lewat. Semalam dia migrain. Entala.

Hee.

Harini kerja macam biasa, telefon org macam biasa, layan client macam biasa, solat macam biasa, main FB macam biasa, berbloging macam biasa, angkat tepon macam biasa, ALM Consultan, hellooww? hee. balik macam biasa. makan macam biasa, tidur macam biasa. Y__Y

Selamat pergi dan balik wahai penghuni hati :') Dia pergi bercuti, oh yeahhh! My fav place after all. Cameron!! ^_^ Syok kan. hehe, Rara pernah cipta sejarah, xmandi 3hari2malam dekat sana sebab sejuk yang amattttttttttttttttttt!

Hak hak, ala tak boleh tahanla..even ada air panas..tapi nak jejak kaki kat lantai tandas tu pun macam tak sanggup taw! :p

Hehe. Oke dah stop gelakkan saya :p huhu

HAri sabtu ni, esokla kan ^_^ RAra nak keluar dengan kawan. Hee. DAh lama tak jupee. Nanati dah jupe nak kiss byk2. keh keh.

ByEEe!

15/12/2011

aiyo

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
oke. dah

14/12/2011

receptionist

OMG. 
menyesal gila tak cakap awal-awal kita nak berenti kerja awal tahun depan!
sekarang boss kite letak kite dekat receptionist ! hohoho

alasannye sebab suara kite lagi kuat dari sue (officemate) haiyakk, alasan yang tak boleh dipakai langsung, kite suke ape dengar suara sue angkat phone, smooth je sore dia, mmg la slow sikit tapi sedap! kite?? ohohonono...kasar laa..dahla tengah demam skrg ni, batuk2 sumee. ee

acaner ni? nanti sue pindah balik tempat dia awal tahun dpn, baik xkyah tukar tempat ye dak? :(

hmm. takpelah layankan jelah kan :) nanti la, em. lepas dpt gaji baru bagitahu >.<

13/12/2011

wordless tuesday

happy day

Asssalamualaikum

Hyee korang! ^_^ sihat tak?? Harap-harap semuanya sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu. Hik, macam DJ pulak dah. Hee. Okie..lets see.... :) rara dah jumpa dengan dia! hihi, selepas 6bulan tak jumpa oke T_T haha, alhamdulillah jumpa gak. Hoho, rasa macam mimpi taw..

Kami jumpa minggu lepas, hari sabtu, 10.12.2011 pukul 10.30am. :p tak boleh belah bagi tahu details kan. haha, happppppy la...relaxla korang, happy la untuk kita orang jugak. Hee. Tapi xkde gambar aw..T__T terlupa, sebab masing-masing sibuk tengok muka satu sama lain. Mula-mula plan nak ikut dia g Sepang en, tapi xjadi sebab nanti balik malam or tengah malam or awal pagi, nanti rommet marah, kita keluar pagi balik pagi. Tak elokk. Tak manis en (manis la sangat en)

Tapi dia xtahu jalan area-area sini, susahla kan mcm tu, camne nak jumpa lak. Adushh...lepastu dengan konpidennye rara pun bagitahu kat mana kat mana, u strait je jumpa 2 flyover, then jumpa IPB, then strait lagi jumpa billboard besar, masuk kanan la..bablablbabalablba  .. balblala.. blabala..nanti sampailahh kat sini uu. Konfiden gile oke!.

Tetiba comes out plan lain pulak, rara suh tunggu je lah kat TS. Senang sikit, jumpa kat Ts je la. Tu yang landmark paling dekat dan pemes en. 1 hour lepastu rara otw g sana, tapi dia dah sampai dulu dah, ni yang lemah ni, rara xsuke orang tggu rara. Macam kelibut rara siap2 suma pakai shawl bagai. nasib baik dah iron and make up. Heee

Rara jalan kaki tak sampai kat IPB pun, penat siott, letih habis air peluk keluar sumeenyee, ee rimas, tahan teksi, bayar rm5, sampai depan TS. Dia lak kat tingkat 4, rara g tingkat 1, watsons! Lepas tu dia turun sampai G. Sayang, watsons tingkat 1 sayang. hehe =,=

10minit lepastu, kami jumpa :D rara turun elavoter ala-ala princess. Keh keh, tapi Satria kita main nyorok-nyorok pulak dah dengan pokok-pokok krismas tuu..haha, Rara pun carik-carik, mane dia ni. Dah la tak acik, dia nampak kita dulu kan. :p

Tadaaaa, muncul dia kat kanan kiteee :D kalau tak kita dah keluar menonong jee..Hehehe...

Then kitorang round-round TS, orang tak ramai lagi..baru kul 10 lebih..kedai pun tak banyak lagi..brekpes jap kat Oldtown..sambil berbual, 6bulan taw tak jumpa. tak face to face. Aww, macam nak muah-muah jek. >.<

Aktiviti lepas tu kitorang main bowling! Haha, pirst time siot jek. Haha, selalu main kat x-box je. Praktis dulu..selalu strike taw, sekali main real punye hancuss..hahaha, kelakar je..tapi best :D next time nak main lagi uke u :)

Lepastu 12.20 kitorang tgk Twilight break dawn. Best sangat! Bella jadi vampire..suke-suke! Rara suka Edward dari Jacob...tapi dia suka Jacob.. haha. Hello Edward lagi hensem n baik oke, comelnyee..kalau selalu ikut cerita ni, memang Rara boleh obses ngan Edward Cullen ni, tapi kena kontrol la, malasla nak obses ngan actor2 ni..buang masa je.. :p

Almost kul 3 kitorang keluar dari TS, bayar parking sume then cabut! Sebabnye kul 3 dia p Sepang. So balikla...tapi perjalanan yang ambil dalam 5,6,7 minit jadi setengah jam!!! MALUUUUUUUUUUUUU oke! Rara tak konpem jalan! Aduhhssss...acaner boleh jadi mcm ni...mana 2 flyover nye ni..tak jumpa 1 pun..malu dan serba salah sangat Y__Y  nak nangis. Huhu, entah mcm mana ntah, bila pikir balik, patutnya....lepas keluar TS tu, masuk ke kanan...bukan masuk kiri, kalau kiri dia ikut jalan belakang..n Rara tak familiar ikut jalan belakang! Y__Y

Last-last dia guna gps gak...duhh! bebal betulla.

NAk dijadikan cerita (cerita sedih) simpang masuk umah pun Rara boleh lupa! eee malu, segan sume ada. Tu la, geografi rara kan teruk sangat :( dahla 6bulan tak jumpa, then baru 1st time date after 6months tu jadi cmni lak, memangla kenangan yang tak boleh dilupakan...haha..

(nasib baik syg saya tak marah) HIKKKkKKKK!

08/12/2011

the JOB

I got the job! and i really dont know what to do..
at first i was like crazy and so eager to accept the job! and now feel like unequivocal... and its complicated

ya allahh..help me pliz! which way should i take...which way ill be go better...

interview

Assalamualaikum and Good Night

OOOOOOOOOOOOOOOOMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG
Im having an interview tomorrowwwww!! I am so excited yet soo nervouss! HUU...I dont know how to express it! OMG, i really need someone that I can express my feelings. Thanks mum and kak cik for advising me. HOW to go to Maybank Bangsar using LRT and Monorel, gosh Im so independent man! And Im very proud of myself. Haha, and also a big thanks to KAK CIK for put me in the interview list and teach me how to faced the interviewers...huu. so scary u know :) Hik hik. Kalau dalam bahasa melayu takpelah. Ni kene speaking 100%! Gosh. And, 1 more thing, that I think I am big girls now..huhu big girls dont cry la weyy.

Insyaallah i will do my best tomorrow (7.12.2010, 3.30pm) and IF i get the job, Alhamdulillah, syukran thank you ALLAH. But if i dont, maybe this is the sweetest xperience ever that I will not forget and I will use it for the next interview..perhaps. Mybe no more interview cause I get the JOB! Hik HIk. insyallahh, amin..


note: skrg mcm dah xlalu nak makan! even biskut cicah nescafe je. macam tak lalu je perut rasa sebu..aduh, jgnla mcm ni, interview je pun. bukan nak kawen. hehe.

Ciaooo!

28/11/2011

selamat pagi 28Nov'11 8:42AM

Waktu tu pukul berapa aku tak pasti. Tapi yang pastinya waktu subuh....bangun bangun, solat subuh...bilik dah terang, ku buka mata sedikit adikku tengah menyarung telekung, suasana tidak serta merta terasa sangat sejukkkk, menggigil kaki. Nak pulak pakai selimut yang tak cukup kain, sampai ke betis je. Huhu. Aku masih berkira-kira nak bangun,,,aku hanya menjawab, 'hmmm, bangunla ni', kataku dengan lemah sekali. Tetiba adikku menyampuk, 'mak, kakdah abc la', kata2 beliau membuatkan aku tersedar yang aku sememangnya abc! Hihi, yippie! :p Haha, aku pun terus tarik selimut, sambung tidurlah ape lagi xD
HYEEE all. Pagi ni suasana sedikit suram, mungkin kiciwa dengan kekalahan bola malam tadi, Malaysia vs Bahrain. Kekalahan yang sangat drastik bagi kita semua, cuba bayangkan dalam 6 minit 3 gol pihak lawan dapat jaringkan? Permainan apakah ini, ini bukan galah panjanng, bukan curik kasut dan sebagainya. Haiyaa sangat mengecewakan! Bagaimanapun tahniah kepada pasukan Malaysia, jangan terus mengalah kerana kami sememangnya menyokong anda! Terutamanya kepada adik Nazmi Faiz, terima kasih kerana menjaringkan 1 gol dan abang Mahali. Chewahh abang tu. Kah kah. tengok-tengok sama umur ye dak? Ntah, xamik tahu pun -,- 

Kalau dah kata perempuan tengah period tu, alamatnyaaa sakittttttt la sangat kpd sesiapa yg pernah rasainya kan. Hmm, sekarang tengah sakit la ni, ingatkan takut perut masuk angin, makanla biskut cepat-cepat sampai xsempat gosok gigi taw. Pastu makan, nasib baik biskut marie yang sedap. Tak sangka pulak tu, nak beli lag lah nanti kat sana. Tapi keputusannya tetap sama, sakit perut gak! Lagi satu, kaki pun sejuk je nak kene pakai stokin baru oke. Xubah macam orang lepas pantang pun ada -,- lagi satu kene pakai sweater tebal-tebal takpun selimut. Hmm, ntahle macam berpantang pun ada gak. Kene pakai stokin takut angin masuk xD

ini pun comei an.

Haiyaa, ini pun sakit perut pulak ni...hmm nak jalan jauh harini, adeh mesti tak selesa nanti dalam kereta..nak lapik surat khabar boleh tak...

27/11/2011

kerja jangan xkerja

Assalamualaikum dan haip haip semua! Hoho, macam teletubies lak rasanya -,- huu. Alhamdulillah sekarang ni satu famili tengah nonton bola, riuh sungguh rasanya! Huhu, tapi dekat rumah ajer la iye? Hehe. Tengok kat rumah lagi feel koot. Haha, ade pulak macam tu kan. 

Kat sini saya nak ucapkan tahniah beribu ribu kali dan berterima kasih kpd pemain bawah 23 tahun..Nazmi Faiz yang telah menjaringkan 1 gol. Gol yang tak disangka, kerana jarak jauh taw dia gol! Gile la, budak 17 tahun tuuuu...huhu. Cayalah! Tahniah lagi sekali Faiz! Semoga sukses selalu dan berjaya membawa nama Malaysia ke seantero dunia! ^_^

OKE, sebenarnya kan, macam tengah malas-malas je nak balik KL esok...sebabnya..xsampai hati nak tinggalkan mak n abah n rumah mcam xberapa nak kemas. Nak kemas sorang2 tiap hari mmgla lambat nak siap. Hmm..harap-harap my adik akan kemas rumah la lepas saya berhijrah ke KL nanti untuk mencari sesudu ais krim Tutti Fruity. Hihi

Dalam masa yang sama, saya agak merindui si dia ok. >.< Memang xtipuuu punyerrrrrrrrrrrrr. Nak tahu berapa lama kami xbertemu?? 0,o...........................6bulan oke! Setengah tahun tuuu, huhu..hope insyaallah akan bertemu lepas ni...amin dan bahagia sampai ke jinjang pelamin, membina keluarga bahagia dan beriman hinggalah ke syurga yang kekal abadi..:) Amin Ya Robb..moga kau perkenankan lah doa hambaMu yang lemah lagi hina ini.. (AMIN!!)

Alhamdulillah, nanti sampai di KL, saya akan tinggal di sebuah flat yang berdekatan dengan LRT Pandan Jaya. Alhamdulillah dekat dengan LRT itulah pengangkutan utama saya nak p kerja nanti. Insyaallah boleh! Hehe. Bila rasanya nak berdikari ni macam sedih, hiba, gembira sume ada. Cari pengalaman kat tempat orang..hope everything gonna be fine, insyaallah. Oh ye, terima kasih sekali lagi kepada sahabatku ni yang tak putus2 bagi tahu ada kerja kosong ke tak dan etc! Saya sangat hargainya taw ^_^

Dan juga, lepas ni mungkin lambat update entry...yerlah, nanti mana ada wireless kan, apatah lagi brodband. Hihi, kalau nak maybe akan on9 kat mana2.. tapi malas la nak p cc. Wat nyemak telinga je..xsuke g cc, banyak budak2 main game. Abah pun cakap cmtu, sebab tu kita xsuka sgt p cc. Mungkin sebab tu jugak kot abah pasang wifi kat umah. Hihi.

Oke, Wasalam kawan-kawan..

P/S: opss, lupe pula..kepada yang sudi follow, terima kasih banyak-banyak k! *,~ Insyallah saya mesti follow balik!

am an aries

MARCH
Attractive personality. sexy. Affectionate Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Great kisser. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Hardly shows emotions. Tends to bottle up feelings. Observant and assesses others.
 
 

25/11/2011

tudung shawl sayaaa!!



HUWaaaaaa nak nangiss! my new fav shawl dah luntur color akibat terleka ni la akibatnya! hmmm sayang sangat shawl ni sebab macam-macam baju boleh in sebab warnanya yang ceria and variety. 

Anak tudung pun pakaila warna ape je, in je semuanya!! Baru je kot em 3 bulan beli and pakai! 

Selalu sangat pakai shawl tu kalau keluar pergi mana-mana and shawl tu shawl wajib kalau pergi bermalam mana-mana..










Hmm..sedihnyaa!! Shawl fav ni! Hm, sedih sangat...nak cari macam ni lagi laa..shawl macam ni. 

Murah je saya beli haritu.. Lawa kan..macam-macam kaler boleh in taw! :( ada warna oren...warna merah pun boleh.. Hmm..sedih..

working time!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia! Chewah dah macam pembaca berita lak? Hahaha, boleh kerr? Perasan ke x? ngeh ngeh. Heyho! So harini saya mengisytiharkan bahawasanya Selasa saya bekerja! Yeay! Akhirnya dapat jugak kerja selepas kerja cikgu ganti tempoh hari... Alhamdulillah....semoga rezeki yang saya dapat ni dapat dijadikan pengalaman termanis dalam hidup..and thanks juga kepada rakan saya bekas roomate n classmate yang dapatkan job ni untuk saya....hehe..thanks Ina! 

Tapikan flat yang saya sewa tu scary jugakla, ntahla, belum cuba belum tahu kan, mungkin sebab luarannya yang buruk tapi xkotor..juz buruk gile je! Macam bangunan tunggu turn nak dirobohkan taw! HHAHAA, hamboi gelak besar ea! Hehe, sian la saya ni...tapi takpelah, ape tempat tu tak cukup strategik lagi ke ha? HHAHA. Siap ada LRT, bangunan kedai berderet bagai. Dekat dengan TS, dengan JJ. HAHA. Dengan my adik! Heee. Okela tu..lagipun rumah tu tak crowded sangat dah..huu...kalau tak macam sardin kot. -,-

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------




23/11/2011

I Do

Salam. Happy sangat. Semoga happy ni berkekalan selama-lamanya. 
Dia lelaki yang pertama ku cintai
Dia lelaki pertama yang berjaya mencuri hati
Dia lelaki pertama yang mengajar erti rindu
Dia lelaki pertama yang mengucar kacirkan hati

Dia ialah insan yang amat kusayagi, Semoga hubungan kita diredhai Illahi dan diberkatinya. Semoga kita didalam lindungannya. Amin Ya Robb!

Harini dia melamarku lagi!. Hihi. Rasa sangat bermakna kepadanya dan dia juga begitu kepadaku! Pasti!


malaysia vs syria





huhuu. takott. harap harap 

MALAYSIA JUARAAA! 

dan dapat masuk Olimpik! huhu. Insyaallah..Amin..




-
-

20/11/2011

INTERVIEW

Salam
Akhirnya setelah berapa lama ya goyang kaki di rumah, emm..dua minggu duduk rumah, akhirmya esok aku akan menghadiri satu temuduga secara terbuka di Cheras. Alhamdulillah, semoga rezeki berpihak pada aku esok! Insyaallah. Esok aku dan intan dan mak abah kene gerak pagi seawal mungkin. Mungkin pukul 6.30 ataupun 7. Hehe biasalah aku. Esok kene bangun pagi-pagi nampaknya. Ya Allah kejutkan lah aku pukul 5.30 untuk aku bersiap siap. Siap..hmm baju pun xpacking lagi ni. Haish..

Sebenarnya rancangan ni pun kebetulan je. 3 hari yang lepas member aku cakap ada tempat osong dekat company dia. Consultant dekat Ampang. Company tu baru buka, so memang nak pakai pekerja. Dia pulak kerja dekat Cheras. So, risik punya risik, dia nak pakai pekerja dekat Ampang. So esok aku pun nak kene interview dah, dia kata lagi cepat lagi bagus. Insyaallah kalau rezki berpihak pada aku.

Pasal rumah pulak, buat sementara waktu ni aku stay dengan adik aku dulu, dia tinggal dekat flat dekat dengan kolej dia, kat Cheras gak. Tapi dah cukup 7 orang..bilik 3 je. Hihi, redah je la. Asalkan kawan-kawan dia setuju aku oke je. Insyaallah sambil-sambil tu aku try la cari rumah sewa yang lain..tidur luar pun tak pelah dari tidur tepi jalan, tak gitu? Hehe.

Oke guys, now dah masuk Asar ni, nak solat dulu, sesapa yang dah masuk waktu kat tempat dia tu mohle kita berfardhu ain, besoo ganjarannya...xrugi pun tawww lagi dapat pahala adela kan kan. Jangan lewatkan solat, tak elok nanti ada ular hitam besar gigit dalam kubur nanti cmne. Haaaa..takleh nak lari dah. K k. Hehe, selamat bersolat rakan-rakan.

19/11/2011

goyang bontot sikit

Hmm,...boring la duduk rumah, 
bukan boring ape la awak, boring sebab xkde keje
ngeh ngeh, orang dah suruh hantar resume 
bukan nak hantar kan. hik hik hik

yelah kita saja-saja je xnak hantar lagi
insyaallah lagi seminggu kita nak kerja la
ke 2 minggu? eheheh
ntahla wak, kita pun xtahu

ke nak tunggu sampai dapat result degree ni??
hmm. ntahla, nanti kita fikirkan
sekarang ni kita ada 3 tawaran kerja..
  1. Kerja kat ampang. Kawan kita carikkan, syarikat tu baru bukak franchaise kat Ampang. 
  2. Kerja OCBC Cyberjaya, Tempat kawan kakak kita
  3. Kerja warden UTP Seri Iskandar. 
hehe, jadi warden?? Boleh ke? Warden U pulak tu. Gila ke hape kan, kita baru 21. Nanti nak deal dengan student degree karang. Acaner?? 
Tapi kita sebenar benar benar nya nak dekat Ampang tu, tapi xkde rumah sewa or transpot la..Cyberjaya macam jauh je...lagipun sape nak hantar. Ya Allah, masalah masalah.. Yang dekat UTP tu dia cakap kejap rumah disediakan la, kejap xdisediakan. Kita pun xtaw mana 1, kalau nak suruh hantar resume. Xtawla..mcm mana ni. 
Kita rindu la kat boyfriend kita. Dah lama tau xjumpa dia. Nak masuk 6 bulan. Haha. Setengah tahun tak jumpa kot. Takpelah nanti ada rezeki boleh jumpa. Isk3 mengalahkan orang yang p study oversea pulak. kih kih.

Oke, takpelah, mak kita panggil
tengok ML Mega. Huhu. Osbon n Boboi yang best malam tadi kan
hahaha. Lawak sungguh. Sungguh tak sopan anak dara sorg ni gelak. 
:> kih kih

main masak-masak

Hye all. Assalamualaikum apa khabar sume? Harap-harap sihat-sihat selalu okay ^_^ jaga makan minum, jangan minum air ais selalu, jangan minum air manis selalu, semyuman manis takpe. Hehe. Okay hrini sikit je nak membebel sebab takot nanti kedutan di muka hadir tatkala sedang enjoy bergembira sebagai anak muda remaja. Hehehehehe

Okay all, harini dah pukul 3.50pm, mesti semua dah makan kan, ada ke yang baru bangun? terus brunch la mcm tu. Hihi. Harini saya masak sayur meranti masak lemak, bakar ikan terobok dan kicap cili padi! Cedapnya kan. haha, apehal cakap cedap ni..eeee tak cuke tak cuke :3 hehe

Okay, korang pernah ke makan sayur meranti masak lemak?? Tak pernah? Hmm, rugi rugi sebab sayur ni adalah yang terbaik taw, Oooo tak suka makan sayur ye. apdanlah tak pernah makan...

Ini lah dia, sayur meranti masak lemak + keledek
.
Senang je nak masak ni, lagi senang dari perkataan senang! Bahan-bahan yang perlu ada:
  1. Sayur meranti
  2. Santan
  3. Udang kering
  4. Keledek manis
  5. Garam secukup rasa
  6. Air semangkuk
  7. Bawang
**Time saya siang sayur meranti ni dah macam kambing pulak rasanya, sebab makan daun-dauan. Rimbun pulak tu, tapi kalau masak dapat sikit je sebab nanti dia layu.
Cara-cara pembuatannnyaa..
  1. Panaskan periuk
  2. Masukkan keseluruhan sayur yang disiang kedalam periuk
  3. Ambil air semangkuk tadi campurkan dengan santan (supaya lebih cair)
  4. Masukkan bawang yang telah di potong.
  5. Masukkan udang kering
  6. Masukkan keledek manis
  7. Tabur garam secukup rasa
  8. Tunggu hingga sayur betul2 lembik/ layu dan mendidih
  9. Siap dan sedia dihidang!
Senang kannnn!!???? 


18/11/2011

al-quran al-karim yang teristimewa!


Assalamualaikum semua readers yang comellote. Alhamdulillah jumpa lagi kita dalam entry kali ni ^_^ Harini alhamduliilah saya dapat solat subuh dengan tenang dan khusyuk, dapat mandi sebelum menunaikan solat subuh adalah sangat menakjubkan segarnya! Alhamdulillah kita dapat lagi merasai kenikmatan yang Allah berikan! Amin! (hihu, panjang betei mukadimah. kih kih)

Okay, alhamdulillah sekarang ni hati aku dah tergerak untuk baca al-quran setelah beberapa bulan ditinggalkan. Bukan aku yang tinggalkan al-quran, tapi al-quran yang tinggalkan aku! Astagfirllahal azim! Takotnya baca statement ni. Tahukah kamoo bahawa sehari kita tinggalkan al-quran, 3 hari al-quran tinggalkan kita?? Ya Allah jauhnye, kerdilnya, hinanya aku disisimu...terimalah taubatku ya Allah...berkatilah diriku, keluargaku serta organg yang ku sayang, sesungguhnya kami hanya hambamu yang lemah dan kerdi...aminn..

Alhamdulillah berkat kerajinan aku menelek fb ni, menstalk fb rakan-rakan, telah menemukan aku dengan sesuatu yang maha mengggerunkan diriku. Alhamdulillah Allah telah membuka pintu hatiku untuk membaca al-quran, jangan tinggalkan al-quran... Semoga perubahan yang ku lakukan ini kekal sambil bila bila dan seeloknya bercambah dan menjadi amalanku, anak anak ku, cucu cicitku ya Allah...amin ya robbal alamin!!


inilah komen yang telah membuka mata hati ku. amin ya robb

Terima kasih kepada kawan fb ku kerana telah memungkin ini terjadi dan juga kepada Kebesaran Allah S.W.T..

Aku terpikir selama 21 thn 7bln 3 mggu dan 1 hari ni ape aku dah buat ek? Cukup ke amalan amalan ku untuk bekal di akhirat kelak..astagfirllah..takotnya membayangkan seksaaan api neraka. Ruginya hidup kalau solat xcukup 5 waktu, berpuasa xcukup sebulan, cetek fardhu ain dan fardhu kifayah. Ya Allah semoga sempat dan masih ada ruang lagi untukku dan orang-orang yang ku sayang untuk mencari keredhaanMU ya Allah. Semoga kami semua dilindungi di bawah rahmatMU dan terselamat dari kecelakaan syaitan yang direjam. AMIN..


Lawak Pagi Jumaat

Selamat pagi semua!




Anak: Ayah, mak nak mintak cerai
Ayah: Apaaa????(terus pergi dapur) Syg, kenapa sanggup buat abang macam ni. Dahla suruh anak kasi tahu pulak tu
Emak: Ape bendanya abang ni?
Ayah: Yang sayang mintak cerai tu nape? Siap pesan pada anak lagi
Emak: Abang ni emo xtentu pasal nape. Saya mintak Serai bukan cerai

hhehehhe*tiada kaitan antara hidup & mati*

Malaysia menang! Amin!

Tengok tajuk pun dah happy gila kan? ahahaha...
Padan muke tuan rumah
Senyap sikit, tapi xsenyap pun. Kat fb n twitter lagi kuat dorg menyalak
hmm, ape nak buek, dah nasib
itula, orang hati busuk memang macam tu. hmm

░▓▓░░░░░░░░░░░░░▓▓▓▓▓▓
▓▓▓░░░░░░░░░░░░░▓▓░░▓▓
░▓▓░░░░░▓▓▓░░░░░▓▓░░▓▓
░▓▓░░░░░░░░░░░░░▓▓░░▓▓
░▓▓░░░░░░░░░░░░░▓▓▓▓▓▓

17/11/2011

seram

1-0
takotnye aku tengok bola ni
malaysia vs indonesia
kalau bukan indonesia mesti xneves macam ni sekali

Chef: Sambal udang tumis petai, Sup Sayur Campur Udang

Assalamualaikum uolls. Selamat tengah hari
Harini rara masak sendiri taw untuk makan tgh hari, tapi tak makan lagi sebab masing-masing kenyang lagi. Intan dan abang khaliq dah p KL nak daftar Intan masuk sem baru. Muzafar keluar, kerja angkut barang orang nak pindah, Munirah still stay asrama, esok insyaallah dia balik, yeay! Xdela kene tidur sorang-sorang lagi. Hihi, so at last kami 4beranak je la harini. :)

Harini saya masak sambal udang tumis petai, sedap sangat. Fav lauk dari kecik lagi taw. Hehe. Okay, bahan-bahan dia, salin la nak ajar ni :D
  1. Bawang merah, bawang putih, halia diblend (2x senduk)
  2. Cili yang telah diblend (3xsenduk **kalau nak pedas ++)
  3. Bawang putih 4ulas ditumbuk (jgn sampai lumat)
  4. Petai (Anggaran ikut suka anda)
  5. Kiub ikan bilis (rara pakai maggi)
  6. Udang
  7. Semangkuk air asam jawa
  8. Gula dan garam secukup rasa
Cara-caranya..**Part ni yang best nii :DD**
  1. Masukkan sedikit minyak untuk menumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar tadi. Minyak ikut anggaran 3x senduk tadi
  2. Setelah bauan bawang merah tadi sudah keluar, masukkan 3x senduk cili yang telah dikisar. Ikut kesesuaian sama ada nak pedas atau x.
  3. Tunggu sampai minyak pecah dan bahan bahan tadi sampai masak.
  4. Masukkan semangkuk asam jawa yang telah diperah airnya.
  5. Masukkan 1 kiub ikan bilis
  6. Masukkan petai yang telah di siang, nak kene lembutkan petai, sebab petai ni keras sikit.
  7. Kemudian barulah masukkan udang. Tapi jangan masak lama sangat sbb udang cepat masak dan kalau lama sangat, ianya akan liat waktu makan. Letakkan bawang merah sebagai hiasan..
  8. Siap, dan sedia dihidang!
Sedap x? kih kih kalau sape tengok xterliur dia kene hempuk kepala kat dinding lepastu tengok balik sini. Hee. Jemput jemput sumee. Tapi rara siang udang ni rara tarik kuar taik dia yang warna hitam tu. Tak suke la. Geli. :( Hmm. K. Bye. Hik

RESEPI KEDUA PULAK(sup sayur campur)
Ni lagilagilagilagileee senang dan mudah yang amat! Kot kot la kan, budak darjah 2 pun boleh buat :> Bahan-bahannya:
  1. Lobak merah (boleh sayur ape je)
  2. Cendawan (boleh sayur ape ke)
  3. Brokoli (boleh sayur ape je)
  4. Semangkuk udang
  5. Sos tiram NONA
  6. Semangkuk air mineral
  7. Garam dan gula secukup rasa
  8. Kiub ikan bilis maggi
  9. Bawang merah
Cara-caranya..
  1. Mula-mula letak minyak dalam kuantiti yang sedikit untuk menumis bawang merah.
  2. Tumis bawang merah sampai masak dan xrentung
  3. Masukkan 1 senduk sos tiram NONA, sebatikannya.
  4. Masukkan semangkuk air tadi, suka hati kalau nak kuah lebih masuk lebih.
  5. Masukkan ketiga-tiga sayur tadi. Gaulkan.
  6. Masukkan setengah kiub ikan bilis tadi. Gaulkan
  7. Masukkan udang
  8. Letakkan garam secukup rasa. Kalau xletak pun takpe, Kalau yang tambah air bolehla letak garam agar xtawar.
  9. Siap dan boleh dihidang!

Sedapnye! Oke jemput makan uolss :) Byebye.Tata.T.c too!

16/11/2011

merawat kulit muka mengelupas

Seperti yang saya post pada post yang lalu, muka saya kene sunburn! Huhu, saya dah jumpe jalan penyelesaiannya! Senang aje kalau segala malumat dihujung jari..hehe..

Berikut adalah cara-cara mengatasi kulit mengelupas...
  1. Buangkan hujung kulit yang mengelupas tapi janganla terlalu hujung takut takut terluka kulit nanti
  2. Gunakan pelembap kulit
  3. Minum air mineral anggaran 10-12 kali sehari (gila kan??)
  4. Gunakan pelembap kulit
  5. Makan makanan yang bervitamin A, zat besi, iodine, serta vitamin B
  6. Makan BUAH BUAHAN
  7. Dapatkan rawatan doktor pakar
OKE, itu sahaja yang dapat saya bantu, yang tidak memerlukan kos yang tinggi..kalau awak sume ada petua lain yang boleh dikongsi bersama, share-share la dengan saya ye! ^_^V 
Tata.

SUNBURN!

Erghhh xsukenyaaa! Kulit muka mengelupas especially dekat bahagian hidung =( 
Teruk sangat ni? Hm, Xkdelah teruk sangat just sux sangat sangat jeh! huhu, cptla kulit kau salin kulitt, aku nak kulit putih licin gebu gebu je, ehehe boleh kann?? Peeehlisssssssss.. Malam ni tidur nak letak minyak zaitun jek! Bedak sejuk tak lut! My adik dah try, tapi saya xtry pun sebab busuk ngat. Nantilah beli yang brand lain pulak. 
Actually sebab kenapa kami 4beradik ni kene sunburn sebab kami sefamili pergi Lost World of  Tambun! Huhu. Syok! Xsyok pun ada jugak, frust pun ada gak! >.<
Adoyai, masuk mahai taw. rm45 each person. Tapi hampeh je mainan dia, xbanyak sangat pun dapat main kalau pakai tracksuit =( sampai hati mereka buat kami mcm ni. 
  1. Slide
  2. Boomerang
  3. Sungai
  4. Pantai
  5. Waterpark Kanak-kanak
  6. Zoo
Nilah rupanya slide yang kami tak boleh naik tu :')

Alih-alih kitorang main-main kat sini je, best jugak sebab ada ombak

Theme park dia, rugi xmasuk! huhu

 Enterence..

Kami tak boleh main slide pun. Dah 2 je pulak tu slide dua, itu pun nak berkira! Geram sangat time tu. Hmm

Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar hari tu :) Puas jugak la mandi manda, setelah berapa bulan dah tak swim swim. Best kitorang pergi kat tempat dalam. Haha, air paras dagu sudah, nak g jauh lagi tapi guard tu dah jerit jerit dia punye wisel -_-
Tapi yang frustnyer, kami xsempat masuk zoo :( Hmm...nak buek lagu mana, time dah tukar baju sume, sume sudah siap nak pergi masuk Zoo, tetiba hujan renyai-renyai.... Xjadi masuk, terus balik rumah je. Makanan ikan yang beli sebungkus singgit pun xluak. Takpela bagi ikan kat umah je la. Hihi. Nasib baik seringgit je.
Time keluar je, dah potong wristband tu hujan dah benti! eee. Geram, nak buek lagu mano *lagi sekali* dah nasib kan, xkde rezeki, takpelah :')
Balik tu memang hujan lebat gile kaw! Xnampak langsung jalan! Abah bawak kereta ikut lampu kete orang depan je! :O Alhamdulillah selamat sampai rumah. Tapi dah sampai rumah hujan masih separa lebat, *Ade ke separa lebat? hehe* Mula-mula emak nak bukak gate, tapi saya mengofferkan diri, sian mak, abang khaliq duk kat belakang. So sebagai kakak yang prihatin saya g la lari lari anak bukak gate sekaligus kunci balik sekali ^_^ Takot gak la, guruh petir time tu kuat, mcm lampu lip lap pulak dah....

Batu Karang


Mesti korang pernah dengar kan penyakit batu karang? sangat sinonim dengan kanak-kanak, apatah lagi kalau yang pernah jadi cikgu, tak kisahla cikgu tetap, sementara, ganti, sandaran. Mesti payah nak bagi budak-budak pergi tandas. "Cikgu, izinkan saya pergi tandas?", "Teacher, may I go to toilet?". Lepastu buat muka comei, macam mana cikgu nak say NO. Haha, chewah. Tapi saya agak kejamla dekat murid-murid saya dulu. Boleh pergi tapi takleh partner-partner! Sebab nmpk sgt berkurang murid kalau pergi partner-partner, haha. Kadang-kadang bukan penting sangat pun just nak jalan2 kacau kawan dekat kelas lain je. Geram je rasanya.. Alih-alih izinkan je murid murid pergi partner partner sebab ada sorg student tu dia tahan kencing sampai sakit perut dekat pinggang dia! Hmm takot sangat, ye iyelah kite cikgu ganti je, xbagi budak pergi tandas pulak tu, alih alih sakit dekat pundi kencing! OMAIGOD gileee. Nasib baik harituh emak dia ambil balik bukan kene tggu bas mcm selalu. Alhamdulillah. Alhamdulillah juga xjadi apa apa kat budak tu. Sejak tu saya dah xsekat dorg nak p tandas. Huhu :p
Tapi!, opss ada tapi lagi tuu,, tapi kene bergilir-gilir lah. Xmo ramai-ramai, nanti bau tandas pulak kelas kang. Haha, tengok muka korg pun dah muke tandas! Hik.

crunchy!

Duittt duit mane engko duittt
Waaa, ahmad muzafar mokhtar dapat seratus dari bajet 2011! Gile kentangg der...HUhu, tapi kedekut pulak tu nak belanja kitorang ni. Nak mintak crunchy pun xpat :( Apela kakak boleh je belanja tapi adikkkk?? Hampeh! Huhu, opss ter-emo sudeyh. hehe, takpe-takpe kita lupakan pasal tu. Sekarang kita nak g serang sekolah munirah esk. Katanya dorg dpt seratus sorg esk, jum ape lagi kita serang hendap cikgu dia dulu! :p huhu.

kenyangnya makan buah

Uuuitt...hm hampeh betul, nak lain lain pulak jadinya, huhu tapi takpe! janji kenyang n Alhamdulillah kpd Allah s.w.t ^_^ Kenyang sangat ni makan buah durian, pelam, n jambu. Sedapnyeee buah niii, adeh >.< sape-sape yang xsuka makan buah memang sangat rugi sebab buah adalah mknn yg berkhasiat lagi lazat! Hehe. Oke dah melalut sudeey..
Cadangnya nak p dapur makan roti bersalut nutella, lagi berkrim bersusu berkrim digemari ramai, time tu jugak ibu dan bapaku tersayang balik dari kedai bawak buah-buahan tempatan spt senarai di atas. Apelagi makan buah je la kerjaku ni, mempelam dan jambu potong dadu then gaulkan dengan ladychoice punya salad for fruit! uitt cedapnyewwww! masam-masam manis! Hihi, durian pulak makan macam biasa arh, takkan nak gaul sekali kot. Haha, tapi saya buat kerja gile, pergi cicah durian dengan sikit salad tu, hhi sedap gak la, tapi rasa masam-masam masin >.< aiyakk! Haha. Tapi cian adik saya allergic durian yang pahit, terbersin-bersin dia. Hihi, hidung dia memang mcm tu, dah allergic nak wat cmnr kan?
OKE sekarang nak pi tolong mak masak sebab abang khaliq nak makan, kami sume dah kenyang, dia je yang tak kenyang-kenyang lagi. Nak masak ikan terubuk dan kerang. Seafood kita harini yeeee.


hye morning ebibadi!

Huhu, bukan Abby Abadi pelakon tu yer, tu retis. Ni ebibadi tu maksudnya kamu semualah! ^_^ huhu, tadi baru je webcam dengan capik, neana n nia! cian dorg bosan dekat rumah tu. Hihi, nasib saya dah balik Teluk Intan, best la duk umah sendiri kan. Tadi baru je melabur saham, ergh nape ntah tetiba sakit perut, sebenarnya dari malam tadi perut asyik berbunyi je..xtaw kenapa tapi xsakit pulak, pagi ni baru rasa sakit lepas minum cappucino INDOCAFEE, sedap je lemak-lemak berkrim gitu, hhee. Lepas minum tu tak lama lps tu baru perut memulas mulas kejap. Dahtu apa lagi kan ke mangkuk ajaib ke kite >.< ee xsnonoh betui kan kite ni! isk. xsuke xsuke :p **ni kalau jadi pelakon gedik terbaik dapat anugerah ni! huhu



Haaa ni lah Nia Ayeesha, cakap comel cepatttt! grrr. Time ni dia baru habis mandi tapi still nak tangkap gambar gak! Haha, sebab tu saya balut badan dia ngan towel. Comel mcm anak kunang-kunang jek. Hoho, kunang-kunang? Bolehla...ingatkan ulat yang ada lampu tu. Ape nama dia dah lupe dah. Betul la kan kunang-kunang? Hhee
Pagi ni mandi subuh-subuh :) Bukan apa nak awet muda katakan, lagi afdhal bangun mandi n solat subuh kan, senang nanti hari dah siang xkde la terkocoh-kocoh nak mandi la, malas nak mandi la. Hoho selalu gitulah kalau ada dekat rumah. Hope sampai bebila la kekalkan mandi subuh ni, abah, mak dan opah saya pun mcm tu jugak. Bangun je terus mandi! Fresh je rasanya. aman damai tambah-tambah lepastu keluar nak amik udara :) FYI kat Teluk Intan ni still ada kabus. Memang rugi sape xbangun awal!
Lepastu boleh mulakan hari dengan aktiviti harian kita, aktiviti surirumah tangga yang berjaya :') Memang beruntung la laki aku kalau dpt wife cmni kan. ahahah, tekan butang lift naik sendiri nampak? Haha, yerlah kalau xkde sape nak tekan mcm mana kita nak masuk. Hoho -_-
Tapi xkpe lift tu mmg kita takleh nak buat ape dah, ni skrg ni rumah dah kemas, Pidy n Honey dah tidur kita pun sempat la berblogging. Hihi. Okay tu je untuk pagi ni pembaca sume. Byebyyee, ada masa saya upload lain ye. 

15/11/2011

assalamualaikum

Assalamualaikum

Hye, wassup all ^_^ huhu, waaa sebenarnya dah lama rindu nak berblogging and i missss my 1st blog so much! HAHA tula, nak delete xpakai otak lagi kan, pakai lutut kot. iskk. hmm xkpelah nak wat cmne kan? Benda dah lepas dah pun, n ada blog baru ni pun rasa terubat sikit kat blog lama..huhu, sedihnya xkdapat tunjuk kat anak cucu nanti. haha, takpe-takpe masih sempat lagi buat blog baru n warna-warna cinta dalam hidup untuk dikenang di hari tua kelak. hik! Insyaallah.. ^_^

Ape-ape pun sejak kebelakangan ni rasa sangat best-best la. Sebab xtaw la kenapa. Hehe. Banyak la jugak yang menarik untuk dikongsi bersama.
  1. dapat kerja cikgu ganti 1bulan 1minggu (Oktober 2011)
  2. dah habis kerja cikgu ganti, hehe
  3. i get my lost love back! <3 love u love u!
  4. dah berada dekat rumah setelah sekian lama duduk dengan kakak dekat bangi, hoho
  5. dapat lepaskan rindu dekat hamster2 saya ^_^v
  6. nak mulakan kerja sudah ^_^
Best kan?? Amin Alhamdulillah masih lagi bernafas di bumi ALLAH ni dan dikurniakan rezeki terhadap hambaMU ini! Amin ya robb~~ 

Sebenarnya dah lama jugak buat 2nd blog ni tapi sekarang baru stat menulis, bukan ape kalau penyakit M tu menguasai memang teruk sangat kan kite ni! :( Insyaallah xmo dah jadi mcm tu, sbb saya perlukan diary tersayang ni utk luahkan perasaan marah, happy, geram sedih, terharu n sebagainya lah. Dan dapat dijadikan kenangan terindah buat saya dan orang-orang di sekeliling saya! *sbnrnya nak mantapkan typing skill, lama tak practice ni :p

Oke, nanti saya upload lagi ya! tata adios! tenks for reading >.<